BeDaie

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP

PENGERTIAN ISLAM

Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja. Dengan sebab inilah agama ini diberi nama Islam. Pengertian Islam dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya:

“Dan siapakah yang lebih baik Deennya dari orang yang menyerahkan wajahnya (dirinya) kepada Allah, sedangkan dia berbuat ihsan dan mengikut Deen Ibrahim dengan hanaya cenderung kepada Allah.” (Surah An-Nisa’:125)

Berpandukan kepada ayat ini, Islam diertikan sebagai penyerahan diri kepada Allah dengan keikhlasan hati. Bahkan inilah intipati seluruh makna Islam. Islam dengan makna induk ini tidak hanya dikhususkan kepada manusia tetapi merangkumi segala kejadian di alam semesta seperti firman Allah:

“Apakah selain dari agama Allah yang mereka masih tercari-cari sedangkan segala yang ada di langit dan di bumi telah Islam (menyerh diri) kepadaNya dengan relah hati dan terpaksa. Dan kepadanyalah mereka dikembalikan.” (Surah Aali-Imran:83)

Firman Allah:

“Dan kepada Allah sujud segala yang ada di langit dan bumi dengan rela hati dan terpaksa, dan juga bayang-bayang mereka setiap hari pada tiap-tiap pagi dan petang.” (Surah Ar-Ra’d:15)

Dari kedua-dua ayat ini maka dapat disimpulkan bahawa pengertian Islam tersimpul pula dalam penyerahan diri kepada Allah. Penyerahan yang setepat-tepatnya di antara hubungan manusia dengan penciptanya ialah sujud kepada

Allah dengan penuh kepatuhan ketundukan. Oleh itu jelas sekali di antara ketiga-tiganya; Ad-Deen Islam dan sujud mempunyai kaitan dan jalinan makna yang erat dan tabi’i.

CIRI-CIRI ISLAM (KHASAIS AL-ISLAM)

Ciri-ciri Islam merupakan satu daripada ciri-ciri keistimewaan Islam yang merupakan titik perbezaan antara Islam dengan agama-agama lain di dunia ini.

Ciri-ciri Islam:

Rabbaniyyah

Ianya membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah. Manusia hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan yang erat dengan Allah.

Sudut Rabbani ini terbahagi kepada dua bahagian:

1. Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.

Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insane di dunia ini. Kesemua ajaran Islam baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalah, akhlak dan lain-lain adalah bertujuan untuk menciptakan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.

Kesan Rabbaniyyah

a. Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.

b. Mengenal fitrah

c. Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri

d. Bebas dari sifat perhambaan ananiyah (keakuan) dan runtunan hawa nafsu

2. Rabbani dari sudut manhaj dan sumber.

Rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini adalah rabbani kerana bersumberkan kepada wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sumber ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara.

Kesan sumber dan manhaj rabbani

a. Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan

b. Terhindar dari pengaruh kekayaan

c. Islam sesuai untuk semua manusia

d. Mendapat penghormatan dan kehebatan

Syumuliyyah

Ia bererti ajaran Islam lengkap dan menyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah ke sebesar-besar perkara.

1. Sudut kesyumulan Islam

Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesama manusia. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka yang melanggar hukuman sama ada yang berkaitan dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas (bunuh balas).

Hukum yang bersangkutan dengan urusan hubungan manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa, dan ibadah lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia lain seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan pemerintahan Negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan.

2. Keadilan

Islam telah memperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberi hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, musuh Islam atau kawan, ahli keluarga, atau bukan ahli keluarga.

3. Kehakiman

Islam mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam hubungan permasalahan sesame manusia kerana manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang empunya hak.

Islam telah meletakkan bahawa kehakiman merupakan fardhu. Di mana setiap hakim Muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah ditentukan oleh Allah.

4. Negara

Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan di antara manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesama manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah lain.

Ketua negara dipilih di kalangan orang-orang Islam sesuai dengan syarat-syarat seperti sifat Quwwah dan Amanah. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.

5. Akhlak

Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.

6. Ilmu

Ilmu yang dimaksudkan disini adalah makrifat dan mengenali hakikat sesuai dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi ialah ilmu yang boleh membawa kepada mengenali Allah.

Alamiyyah

Alamiyyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa, dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau zaman teknologi moden yang canggih ini. Sesuai sampai ke hari kiamat.

Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:

a. Dharuriyyat

Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga akal, agama, jiwa, keturunan, dan harta.

b. Hajiyyat

Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.

c. Tahsiniyyat

Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mulia. Di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.

Waqi’iyyah

Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya: Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara pelaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana seorang Muslim itu berada.Contohnya : pakaian menutup aurat untuk masyarakat Malaysia adalah baju kurung tetapi bagi masyarakat Punjabi di India mereka memakai baju Punjab.

Inqilabiyyah

Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan pada system jahiliyyah. Seseorang itu Islam apabila ia menolak khurafat, syirik dan segala bentuk amalan yang diamalkan oleh golongan jahiliyyah dan yahudi.

Thabat dan Murunah

Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi pelaksanaannya. Sebagai contohnya: Solat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat secara jamak dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika seorang Muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanakannya dalam keadaan duduk, baring atau bertelentang mengikut kemampuannya.

CONTOH CARA HIDUP ISLAM YANG SERING DIABAIKAN

Selain daripada kewajipan-kewajipan yang tidak dapat tidak mesti dilakukan oleh setiap muslim seperti solat lima waktu, puasa dalam bulan Ramadhan, taat kepada ibu bapa ada beberapa aspek kehidupan yang sering berlaku di luar acuan Islam atau setidak-tidaknya ramai akan menyoal “Bagaimana yang dikatakan bersukan cara Islam? Bagaimana berpakaian cara Islam atau berhibur cara Islam?

BERSUKAN MENURUT CARA ISLAM

Islam lebih menyayangi penganutnya yang kuat lagi cergas daripada umatnya yang berpenyakit, malas dan lembik. Aqal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat. Permainan kita dianggap berpahala oleh Allah S.W.T. apabila perkara-perkaratersebut diraikan:-

i. Matlamat kita bermain adalah supaya badan kita sihat seterusnya kita mampu beribadat kepada Allah S.W.T.

ii. Permainan kita tiada unsur-unsur perjudian.

iii. Kemenangan atau kekalahan bukanlah semata-mata matlamat sebaliknya kesihatan dan ukhuwah diutamakan.

iv. Berpakaian menutup aurat dan tiada percampuran lelaki dan perempuan.

v. Permainan tidak dicemari dengan kata-kata lucah.

vi. Tidak mengabaikan suruhan agama dan kewajipan dunia seperti menunaikan solat dan menuntut ilmu.

BERHIBUR MENURUT CARA ISLAM

Islam menegah umatnya sentiasa dalam keadaan murung dan sedih. Berhibur menurut cara Islam dikira berpahala jika :-

i. Hiburan yang tidak ada unsur-unsur lucah, menghina agama,

menaikkan syahwat’ dan memuja agama lain dan lain-lain.

ii. Hiburan yang tidak melalaikan dari mengerjakan suruhan kewajipan

agama.

iii. Hiburan yang tiada percampuran lelaki dan wanita yang tiada batas,

pendedahan aurat.

iv. Hiburan yang tidak melalaikan dari mengerjakan kewajipan dunia.

v. Tiada berlaku pengagungan artis.

BERSAHABAT MENURUT CARA ISLAM

Setiap muslim mesti hidup bermasyarakat. Hidup bersahabat dalam Islam mesti dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syara’ iaitu:-

i. Bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlak dan taat beragama.

ii. Jauhilah dari bersahabat baik dengan rakan-rakan yang mendorong

kepada perkara maksiat.

iii. Carilah rakan-rakan yang boleh berkongsi suka dan duka.

BERPAKAIAN MENURUT CARA ISLAM

Sebagai cara hidup yang lengkap, Islam juga mengatur penganutnya cara

berpakaian iaitu:-

i. Menutup aurat

ii. Tidak berpakaian ala-perempuan atau ala- lelaki

Dalam soal berpakaian Islam amat menitik beratkan agar pakaian kita menggambarkan kita sebagai muslim.

BERTUTUR MENURUT CARA ISLAM.

Dalam pertuturan, Islam menitik beratkan perkara-perkara berikut:-

i. Perkataan yang bermanfaat

ii. Tidak lucah, kotor dan keji

iii. Istilah yang sopan dan mudah difahami

iv. Menggunakan nada yang sesuai dengan suasana

v. Tiada unsur-unsur pembohongan, fitnah umpatan dan sebagainya.

Demikianlah contoh-contoh sudut kehidupan yang sering kita terlupa bahawa

sudut-sudut itu perlu diserasikan dengan Islam dan tidak terasing daripadanya.

Akidah Islam

Ustaz Abd Aziz bin Harjin

Islam Adalah Suatu Cara Hidup

Bersyukur kepada Allah SWT. kerana kita dipilih untuk menjadi seorang muslim daripada sekian ramai penghuni alam ini. Firman Allah SWT. 

“Wahai Muhammad! engkau tidak mampu untuk memberi hidayat kepada sesiapapun yang engkau cintai tetapi Allah SWT. menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. ”

Sebesar-besar nikmat anugerah Allah kepada kita adalah nikmat Iman dan Islam. Islam adalah bukan sekadar”agama”yang dihayati dan dipraktikkan dalam upacara-upacara tertentu dan bukan juga”agama”yang terbatas kepada tempat-tempat tertentu, bahkan Islam sebenarnya adalah cara hidup. Setiap urusan hidup mestilah diserasikan dengan Islam. 

Islam adalah cara hidup yang tidak boleh dan tidak akan serupa dengan agamaagama lain. Tidak serupa dengan kristian, budha, hindu dan sebagainya. Hanya sanya agama Islam sahaja yang diiktiraf oleh Allah, manakala agama lain adalah tidak benar belaka. Firman Allah :

“Sesungguhnya agama (cara hidup) yang benar di sisi Allah SWT. hanyalah Islam semata-mata”

Sesiapa yang mencorakkan gaya hidupnya dengan acuan lain daripada acuan Islam, sebenarnya telah mensia-siakan hidupnya samada hidupnya di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah SWT. :-

“Barangsiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai cara hidupnya tidak akan diperakui dan tidak akan diakui oleh Allah dan akan termasuk ke dalam orang-orang yang rugi di akhirat kelak”

Islam tidak memadai dengan nama yang tertera di kad pengenalan sebagai orang Islam juga tidak memadai dengan hanya berdasarkan keturunan. 

Banyak alasan mengapa manusia perlu kepada agama Islam. Manusia banyak melakukan kesalahan walaupun akal mereka dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Akal tidak dapat menjangkau perkara-perkara yang ghaib seperti roh, malaikat, syurga, neraka dan sebagainya. 

Firman Allah SWT : Terjemahan: dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan:”Roh itu dari perkara urusan tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”. 

Islam adalah agama fitrah sesuai dengan sifat semula jadi manusia. Ini dapat dibuktikan segala tuntutan naluri manusia dapat dipenuhi oleh Islam. Antaranya terdapat agama lain menghalang perkahwinan sedangkan dalam agama Islam digalakkan berkahwin. Islam juga telah menetapkan hukum atas segala perkara tentang halal dan haram untuk kebaikan manusia. 

Al Syahid Hassan al Banna mengatakan Islam adalah merupakan suatu perutusan (risalah) yang jangka masa panjang meliputi setiap zaman yang mendatang. Pengisian lebarnya mencakupi pelusuk dunia. Ketunjangan dalamnya meraut segala urusan dunia dan akhirat. 

Firman Allah SWT. : Terjemahan: Tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; (Surah al An’am. 

Islam berasal dari perkataan Arab iaitu daripada kata kerja”ﺳﻟﻡ”yang bererti bersih dan sunyi daripada sebarang kebinasaan zahir dan batin. Al-Islam mempunyai istilah iaitu mengesakan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan dan mengerjakan haji. Ia berupa paraturan umum dan undang-undang yang bersifat sempurna dan menyeluruh mencakupi seluruh ruang lingkup kehidupan manusia dalm mengatur perancangan dan sistem hidup mereka. Ia juga agama yang terkumpul di dalamnya akidah, ibadah, akhlak, muamalah dan sejarah sebagaimana yang terkandung dalam kitab Al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah SAW. yang diperintah supaya menyampaikan kepada manusia. Ia juga roh yang hakiki, cahaya petunjuk yang abadi dalam kehidupan, ubat yang paling mujarab bagi penyakit dan jalan lurus yang selamat bagi manusia yang menjalaninya dari kesesatan. 

AKIDAH

Perkataan akidah merupakan perkataan bahasa Arab yang bererti ikatan atau simpulan. Menurut istilah akidah ialah kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa. Akidah Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kukuh, yang pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti yang erdapat dalam ajaran Islam. Nilai-nilai mutlak yang dimaksudkan ialah keimanan dan keyakinan kepada perkara-perkara ghaibiyyat yang berpaksikan keyakinan terhadap Allah SWT. yang Esa. Esa dari sudut Uluhiyyah (hanya Allah sahaja yang disembah) dan Rububiyyah-Nya (mempercayai Allah adalah pencipta alam) serta era pada al-Asma dan As-Sifat. Terdapat 6 elemen yang menjadikan asas akidah Islam Keimanan kepada Allah iaitusebagai yang Maha Mutlak kekuasaanya di mana setiap muslim perlu yakin dan menyerah diri hanya kepada-Nya.. Keimanan kepada malaikat iaitu yang merupakan makhluk mulia yang dijadikan Allah SWT. sebagai lambang keagongan dan kehebatan kekuasaan-Nya. Keimanan kepada Kitab iaitu yang diturunkan oleh Allah SWT dengan menjadikannya panduan dalam berbagai aspek kehidupan. Keimanan kepada para Rasulyang diutuskan oleh Allah sebagai utusan yang menyampaikan risalah Allah SWT. Keimanan tentang kewujudan hari Akhiratsebagai matlamat akhir kehidupan. 

Keimanan kepada Qada dan Qadar sebagai hak mutlak Allah SWT. 

Syariat

Syariat berada di tempat kedua dalam Islam. Syariat berupa hukum-hukum perundangan yang bertujuan mengatur kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara; sama ada berupa hukum-hukum yang berkaitan Taharah (menyucikan diri) , solat, zakat, puasa dan haji. Syariat juga berkaitan dengan muamalat dalm urusan-urusan peribadi seperti munakahat (perkahwinan) , warathah (perwarisan) , dan juga berkaitan dengan urusan am seperti at-Tijarah (perniagaan) , al-jinayah (jenayah) , al-Imarah atau al-Khilafah (pemerintahan) , perhubungan antarabangsa dan lain-lain. Syariat Islam bersumberkan kepada empat perkara, iaitu: Al-Quran, Al-Hadith, Ijmak Ulama dan Qiyas. Hak menentukan hukum adalah Allah SWT. dan Rasul-Nya SAW. sementara ulama dibenarkan berijtihad dalam perkara-perkara yang tidak dinaskan oleh Al-Quran dan Al-Hadith secara jelas. Islam melarang secara keras sesiapa yang cuba merampas hak Allah SWT. dalam menetukan hukum. 

Firman Allah SWT yang terkandung di dalam surah Al-Syura:21 yang bermaksud”patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadikan pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke sesuatu masa yang tertentu) tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) yang sesungguhnya orang-orang yang zalimitu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ”

. Allah SWT. mengutuskan Rasulullah SAW. dengan bimbingan al-Quran untuk menjadi panduan hidup manusia di mana Allah SWT. tidak menzalimi manusia dan makhluknya tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri sendiri. Peraturan dan perundangan Islam adalah seimbang dan mudah dalam semua perkara. Islam telah menyediakan berbagai kemudahan dan pilihin dalam menyelesaikan segala masalah. 

Ahklak

Ahklak merupakan perkataan bahasa Arab yang bererti tingkahlaku, perangai atau keperibadian. Menurut Al-Ghazali, akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang dengannya lahir sesuatu perbuatan atau tingkahlaku. Perbuatan atau tingkahlaku berlaku dengan spontan hasil dari pancaran rohani manusia. Rasulullah SAW. diutuskan supaya menyeru manusia melakukan perbuatan kebaikan dan melarang sama sekali melakukan perbuatan atau sifat keburukan. Sifat keburukan berpunca daripada nafsu yang jahat godaan syaitan kepada sifat dan akhlak yang terpuji. Islam datang untuk menyucikan hati manusia, menenam nur iman dan hidayah. Akhlak ini juga mengatur hubungan hubungan manusia dengan Allah sesama manusia dengan alam. Islam juga menggariskan peraturan hidup sesama manusia dalam rumahtangga, masyarakat dan negara. Islam bukan agama individu atau sekumpulan manusia, bahkan Islam adalah peraturan hidup untuk semua manusia Islam tidak membebankan kemampuan manusia malah apa yang disyariatkan adalah untuk memberi kesenangan dan kemudahan kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah SWT. Islam melarang sama sekali umatnya berjudi, mengamalkan riba, berzina, dan seumpamanya kerana mendatangkan keburukan dan kemudaratan kepada keturunan manusia. 

Terbahagi kepada 2 sumber iaitu sumber asasi dan sumber Ijtihadi (Tafsiran) 

Sumber Asasi

Al-Quran Al-Karim

Definisi Al-Quran menurut bahasa berasal dari perkataan qa-ra-a (ﻗﺮﺍ ) yaq-ra-u (ﻴﻗﺮﺍ ) yang bererti bacaan, dan quran bermaksud sesuatu yang di baca. Menurut istilah ialah diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW. termaktub dalam al-Mashaf, dipindahkan secara mutawatir, lafaz dan makna dari Allah melalui bahasa Arab dan membacanya menjadi ibadat. Nama-nama lain Al-Quran Al-Karim Al-Kitab, Al-Furqan dan Az-Zikr. Penurunan Al-Quran merupakan mukjizat maknawi dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW. yang menyokong kerasulannya. Al-Quran merupakan sumber utama dan menjadi perlembagaan, pegangan dan panduan hidup kepada umat Islam sehingga hari kiamat. Penurunan Al-Quran dari Allah SWT. ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. berlaku dua peringkat iaitu di Mekah dikenali sebagai ayat atau surah Makkiyah dan di Madinah dikenali sebagai ayat atau surah Madaniyyah. Al-Quran istimewa kerana diturunkan dalam bahasa Arab, Al-Quran sebagai wahyu diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW. dengan lafaz dan maknanya sekali, Mukjizat bagi Rasulullah SAW. Kelebihan Al-Quran tidak mampu ditandingi oleh manusia walaupun mencipta sepotong ayat seumpama dengannya sekaligus membuktikan kebenaran dari Allah bahawa Al-Quran bukan dari nabi Muhammad SAW. dan membacanya adalah ibadat. Kelebihan Al-Quran dari Pelbagai Aspek adalah keindahan bahasanya dari bahasa Arab tiada tandingan, pemberitahuan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku sebelum ia berlakudan peristiwa tersebut benar-benar berlaku sebagaimana ianya di khabarkan, Perkhabaran tentang peristiwa silam danKandungannya mencakupi berbagai-bagai ilmu yang mempunyai fakta-fakta ilmiah tentang kejadian langit dan dan bumi, permulaan kejadian manusia, matahari, bualn, bintang dan sebagainya. Al-Quran diturunkan beransur-ansur kerana Untuk menetapkan jiwa Rasulullah SAW. dan menguatkan hatinya supaya dapat diingat dan dihafaz, Untuk mendidik manusia secara beransur-ansur dari segi pengetahuan dan amalan, Untuk menyesuaikan dengan peristiwa-peristiwa yang baru berlaku, Untuk menjadi pemansuh/pembatal dan yang dimansuh/ yang dibatal dan Untuk menunjukkan punca Al-Quran iaitu kalam Allah semata-mata, tidak mungkin Al-Quran itu Kalam Muhammad SAW. atau makhluk-makhluk lain. 

2. Al-Sunnah

Menurut ulama Usul Fiqh ialah perkataan, perbuatan, dan pengakuan Nabi SAW. yang lain daripada Al-Quran. Setiap umat islam wajib taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Jenis-jenis Al-Sunnah terdiri daripada Sunnah Qauliyyah. (perkataan ) , Sunnah Fi’liyyah (perbuatan ) dan Sunnah Taqriyyah (pengakuan ) 

Sumber Ijtihadi (Tafsiran ) 

Ijtihad didefinasikan sebagai setiap hukum yang diputuskan oleh para ulama atau individu tertentu berhubung dengan sesuatu perkara yang tidak diutuskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. 

1. Ijma’

Dari sudut bahasa mempunyai 2 maksud Keazaman dan Persepakatan. Jika berlakunyaperselisihan pendapat hendaklah kembalikan perkara tersebut mengikut Al-Quran dan As-Sunnah, dan jika tidak berlaku perselisihan pendapat maka itulah yang disebut Ijma’ (persepakatan) 

Al-Qias

Dari segi bahasa bermaksud menyamakan, iaitu menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Dari segi Istilah bermaksud meletakkan hukum sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan hukum sesuatu masalah yang sudah ada nasmya samada dari Al-Quran ataupun Al-Sunnah kerana ada persamaan Ilahnya. Contonya qias iaitu hukum ke atas zakat padi. adalah wajib kerana ada persamaan Ilahnya dengan gandum. 

Al-Ijtihad

Definisinya ialah uasaha yang dilakukan oleh pakar-pakar ilmu syariah bagi menghurai, menjelas dan menyatakan hukum sesuatu perkara dengan meneliti dalil-dalilnya dan menggunakan dengan pelbagai kaedah seperti qias, istihsan, masoleh al mursalah dan sebagainya. 

Selain daripada kewajipan-kewajipan yang tidak dapat tidak mesti dilakukan oleh setiap muslim seperti solat lima waktu, puasa dalam bulan Ramadhan, taat kepada ibu bapa ada beberapa aspek kehidupan yang sering berlaku di luar acuan Islam atau setidak-tidaknya ramai akan menyoal”Bagaimana yang dikatakan bersukan cara Islam? Bagaimana berpakaian cara Islam atau berhibur cara Islam?

Islam lebih menyayangi penganutnya yang kuat lagi cergas daripada umatnyayang berpenyakit, malas dan lembik. Aqal yang sihat terletak pada tubuhbadan yang sihat. Permainan kita dianggap berpahala oleh Allah SWT. apabila perkara-perkaratersebut diraikan, Matlamat kita bermain adalah supaya badan kita sihat seterusnya kitamampu beribadat kepada Allah SWT. Permainan kita tiada unsur-unsur perjudianKemenangan atau kekalahan bukanlah semata-mata matlamatsebaliknya kesihatan dan ukhuwah diutamakan. Berpakaian menutup aurat dan tiada percampuran lelaki dan

perempuan. Permainan tidak dicemari dengan kata-kata lucah. Tidak mengabaikan suruhan agama dan kewajipan dunia sepertimenunaikan solat dan menuntut ilmu. 

Islam menegah umatnya sentiasa dalam keadaan murung dan sedih. Berhibur menurut cara Islam dikira berpahala jika Hiburan yang tidak ada unsur-unsur lucah, menghina agamamenaikkan syahwat’ dan memuja agama lain dan lain-lain. Hiburan yang tidak melalaikan dari mengerjakan suruhan kewajipanagama Hiburan yang tiada percampuran lelaki dan wanita yang tiada batas, pendedahan auratHiburan yang tidak melalaikan dari mengerjakan kewajipan dunia. Tiada berlaku pengagungan artis. 

Setiap muslim mesti hidup bermasyarakat. Hidup bersahabat dalam Islammesti dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syara’ iaitu:Bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlak dan taat beragama Jauhilah dari bersahabat baik dengan rakan-rakan yang mendorong kepada perkara maksiat. Carilah rakan-rakan yang boleh berkongsi suka dan duka. 

Sebagai cara hidup yang lengkap, Islam juga mengatur penganutnya caraberpakaian iaitu Menutup aurat dan tidak berpakaian ala-perempuanDalam soal berpakaian Islam amat menitik beratkan agar pakaian kitamenggambarkan kita sebagai muslim. Dalam pertuturan, Islam menitik beratkan perkara-perkara berikutPerkataan yang bermenafaat, Tidak lucah, kotor dan keji dan Istilah yang sopan dan mudah difahamiMenggunakan nada yang sesuai dengan suasana. Tiada unsur-unsur pembohongan, fitnah umpatan dan sebagainya. Demikianlah contoh-contoh sudut kehidupan yangsering kita terlupa bahawasudut-sudut itu perlu diserasikan dengan Islam dan tidak terasing daripadanya

Menjadi kefardhuan umat Islam untuk ‘ memelihara dan mengawal Islam daripada serangan musuh ’. Jihad hakikatnya ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yanh diredhai Allah dan keimanan, amal soleh dan menolak sesuatu yang dimurkai Allah dan kekufuran, kefasikan dan kederhakaan. jihad dan dakwah adalah satu-satunya penyelesaian bagi mengatasi persoalan ini. Jihad juga bertindak merebahkan segala bentuk rangkaian jahiliah unsur-unsur keberhalaan yang wujud dalam masyarakat dan membina kembali Islam atas runtuhan jahiliah itu. Jihad dalam Islam terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Jihad menentang hawa nafsu, Jihad menentang golongan kafi,. Jihad menentang golongan munafik danJihad terhadap orang-orang zalim dan fasiq. Wasilah da’wah adalah terlalu luas dan boleh dilakukan dengan apa cara sekalipun asalkan tidak bercanggah dengan syariat Islam seperti syarahan, ceramah, dialoq, forum, seminar, simposium, melalui penulisan dan sebagainyayang difikir sesuai dengan suasana dan waqi’i setempat. Uslub Da’wah tiadak boleh sama sekali lari daripada apa yang digariskan oleh Al-Quran, iaitu Hikmat kebijaksanaan, Nasihat pengajaran yang baik dan Mujadalah (berbahas ) dengan cara yang terbaik. 

Islam adalah cara hidup yang mencukupi seluruh bidang kehidupan. Ajaran ajaran Islam adalah dalam bentuk kesepaduan yang sempurna. Ia mesti diterima seluruhnya dan tidak boleh dipecah-pecahkan, diterima sebahagian dan ditolak sebahagian yang lain. 

Segala cabang ajaran Islam dalam kesatuannya dapat diumpamakan sebagai tubuh badan manusia. Tidak dinamakan manusia jika kakinya kaki kambing, kepalanya kepala harimau. Jika mahu dinamakan manusia maka seluruhnya hendaklah anggota manusia. 

Disediakan oleh : Mohamad Azimin Bin Mohd Azizi