BeDaie

Pasukan Bergajah

Assalamualaikum wbt, hari ini saya akan kongsikan sebuah peristiwa yang sangat dahsyat, yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Peristiwa yang disebutkan dalam sejarah sebagai “Peristiwa serangan bergajah”.

Ketika pemimpin Habsyah bernama Abrahah al-Ashram membina sebuah “Kaabah Baru” yang dinamakan “al-Qulais” dimana ianya bertujuan untuk memalingkan bangsa Arab daripada pergi menunaikan haji di Makkah kepada melawat al-Qulais di Yaman.

Namun, orang-orang Arab masih tetap dan kekal mengunjungi Kaabah sehinggakan Abrahah mengisytiharkan bahawa orang-orang Arab berhenti mengunjungi Baitullah tetapi menuju ke al-Qulais. Hal ini mengakibatkan kemarahan orang-orang arab yang sangat mencintai Kaabah sehingga salah seorang dari mereka pergi ke al-Qulais dan mengotorkan tempat tersebut. Hal ini membuatkan Abrahah marah dan mengambil keputusan untuk meruntuhkan Batullah.

Dia menyiapkan tenteranya lalu menuju ke Mekah, ketika sampai di pinggir Mekah. Penduduk Mekah telah bersembunyi dan memerhati tindakan tentera Abrahah ke atas Kaabah. Abdul Muthalib bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT untuk memohon pertolongan dan perlindungan supaya perancangan tentera-tentera musuh itu gagal. 

Dalam perjalanan menuju ke Kaabah untuk menghancurkannya, pertolongan Allah SWT tiba. Allah mengutuskan kepada mereka rombongan burung, yang datang berkawan, rombongan demi rombongan. Burung-burung ini melontarkan kepada mereka dengan batu yang dibakar hangus. Setiap seekor burung membawa tiga biji batu, satu di paruh dan dua di kaki.

Tentera bergajah itu berteriak dalam ketakutan. Mereka cuba melarikan diri namun Allah SWT perintahkan burung-burung melemparkan batu-batu kepada mereka. Maka jadilah mereka seperti pohon-pohon kayu yang dimakan ulat. Apabila jasad mereka terkena batu, tiba-tiba daging, kulit dan tulang mereka mengelupas, reput, gugur dan luruh seperti pohon-pohon yang gugur. Inilah dahsyatnya hukuman Allah Taala kepada “ashab al-fiil”. Hal ini merupakan azab dari Allah SWT dan Allah SWT abadikan kisah ini dalam al Quran pada surah al-Fill.

Tahun itu digelar sebagai “Tahun Gajah” kerana peristiwa serangan tentera bergajah yang berlaku di Kabaah. Ianya turut tersebarkan luas ke seluruh negeri Arab tentang kehancuran tentera bergajah tersebut. Walau begitu tidak semua tentera itu yang hancur, hanya sedikit yang tersisa sebagai tanda pengajaran dan kekuasaan Allah SWT. 

Peristiwa ini dapat menguatkan akidah dan keyakinan kita kepada Allah SWT. Apabila tiba pertolongan Allah, maka tiada siapa yang dapat menyekat mereka. Allah Maha Berkuasa dan Maha Perkasa. Rasulullah SAW menjelaskan kedudukan Islam menerusi sabdanya bermaksud: “Islam itu tinggi dan tidak ada yang mengalahkan ketinggiannya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi). 

Rujukan :-