BeDaie

Categories
Adab & Nusus

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Menuntut ilmu adalah suatu kewajiban yang perlu dituruti oleh seluruh umat islam. Hal ini kerana, ilmu adalah ibarat pengukur untuk segala perbuatan yang dilakukan dalam kehidupan untuk membezakan antara yang baik dan buruk. Seorang yang tinggi ilmu pengetahuan akan dipandang tinggi dan dihormati kerana ilmu yang mereka miliki mampu digunakan untuk membantu umat lain. Kelebihan – kelebihan yang dapat diperoleh hasil daripada menimba ilmu adalah jalan untuk ke syurga baginya akan dipermudahkan serta mereka juga akan dilimpahkan rahmat dan diberi ketenangan didalam kehidupan seperti daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:.  

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Yang bermaksud : “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]

Ilmu itu juga adalah harta yang akan membantu didunia dan di akhirat kerana dengan adanya ilmu kita dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Ilmu adalah harta yang tidak akan habis seperti harta dunia iaitu wang ringgit malah akan semakin bertambah jika diamalkan dan dikongsi bersama umat lain.

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]

Tuntut ilmu itu adalah wajib bagi umat Islam tapi perlu disertai niat kerana Allah supaya tidak memakan diri. Oleh itu, sebelum menuntut ilmu, kita haruslah mulakan dengan niat yang baik iaitu niat menuntut ilmu untuk kebaikan supaya terhindar dari kemurkaan Allah S.W.T.  Menuntut ilmu dengan hati yang tulus ikhlas adalah suatu hal yang perlu dilakukan supaya ilmu yang diperolehi dapat kekal diingatan dan keredhaan Allah S.W.T juga dapat dicapai.