BeDaie

Instructor Bio

Mahdi bin Abu Bakr bin Mahdi al Hamid atau lebih dikenali dengan Habib Mahdi adalah ulamak muda bernasab dengan Rasulullah s.a.w dari galur keluarga Al Hamid. Beliau dilahirkan pada 23 Ramadhan 1395H bersamaan 14hb Mac 1976 di perkampungan Seihud di negeri Al-MAHARA Yaman. Sudah berumahtangga dan dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata.

PENDIDIKAN

Pada tahun 1983,beliau memulakan pengajian ilmu Al Quran di Masjid Jamek Bakret dari Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Hajar Ba Amir yang merupakan Qadhi di kawasan Seihud.
Disana beliau juga menuntut ilmu dengan tiga ulamak Mesir lulusan Universiti Al Azhar iaitu:-
– Syeikh Abdul Fatah Al Azhari
– Syeikh Muhammad bin Abdul Latif Al-Azhari
– Syeikh Redho Al Azhari

Pada tahun 1993, beliau mula menuntut ilmu dengan Al Alamah Habib Umar bin Muhammad bin Hafizd di Rubat Al Mustafa,di Syihir Hadramaut Yaman,sambil meneruskan pengajian Thanawi (Menengah) di Seihud. Di samping menuntut ilmu,beliau juga diminta untuk mengajar ilmu Al Quran di Rubat Al Mustafa.
Pada tahun 1997, beliau berpindah ke Dar Al Mustafa Tarim, Hadramaut, untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Ilmu Syariah (Tafsir, Hadith,Tasauf ,Fekah & Tauhid).
Setelah itu, beliau meneruskan pengajian khusus selama 3 tahun dalam bidang Sejarah Islam,Sirah Nabawiyah dan Tarikh Islamiyah.
Di waktu yang sama,beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Sana’a dalam bidang Dirasat Al Islamiyah.

Setelah itu,beliau dilantik menjadi guru di Sekolah Menengah Dar Al Mustafa selama 3 tahun.
Kemudian beliau dipindahkan ke Bahagian Penerangan dan Media Dar Al Mustafa dan menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah selama 4 tahun.

GURU-GURU BELIAU

Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz :
Beliau juga menetap bersama dengan Al Habib Umar bin Hafidz dan mendapat pendidikan khusus dan tarbiyah langsung dari Al Habib sendiri selama 13 tahun.

ANTARA GURU GURU BELIAU YANG LAIN IALAH:-

Habib Ali Masyhur bin Muhammad bin Hafidz
Habib Hassan bin Abdullah As Syatiri
Habib Salim bin Abdullah As Syatiri
Habib Abdullah bin Syihab
Habib Abdul Qadir Jailani Masyhur
Syeikh Salim bin Mubark Al Wafi
Habib Ali Zainal Abidin bin Abdul Rahman Al Jufri
Habib Musa Al Kadzim As Seggaf
Syeikh Umar bin Hussien Al Khatib
Syeikh Salim bin Ahmad Al Khatib
Habib Zeid bin Abdul Rahman bin Yahya
Syeikh Muhammad bi Ahmad Ba’amir

PENGLIBATAN DAKWAH DAN KEMASYARAKATAN DI YAMAN

Mengasaskan Persatuan Kemasyarakatan dan Dakwah
Menubuhkan Majlis Ta’lim di Mahrah
Mengasaskan Persatuan Hirij At-Thaqafi Al-Ijtima’i
Menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Al-Biah Al-Mustofawiyah yang diasaskan oleh Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz

SUMBANGAN PENULISAN

Menerbitkan majalah Majma’ul Khair dan Ad-Dhiya.
Menulis artikel-artikel dakwah untuk dimuatkan ke dalam surat khabar dan majalah-majalah di Yaman.
Mengarang kitab “Amanah Al Tarbiyah” yang di dalamnya mengandungi beberapa jilid (siri) khusus di dalam mendidik kanak-kanak dan remaja.
Diantara pengisian di dalam kitab ini adalah himpunan cerita-cerita pendek yang mengandungi
kisah dan tauladan beberapa auliya’ terdahulu pada zaman kanak-kanak mereka.

PENGALAMAN DAN PENGLIBATAN DAKWAH DI MALAYSIA

Pengasas Maahad Tahfiz Dar Tarim, Malaysia
Menjadi mudir di Madrasah Anwar Al Batul (cawangan Dar al Zahrah Tarim,Yaman) di Denai Alam dari 2014 sehingga sekarang.
Pengasas bagi Majlis Az Zikrul Hakim (Melaka, Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan & Johor)
Pengasas dan memimpin Majlis Ta’alim Nur Al Kitab wa As Sunnah.
Menjadi mudir di Madrasah At-Tazkiyah (cawangan Dar al Mustafa Tarim,Yaman)
di USJ 1,Subang Jaya dari 2011 sehingga 2014.
Menyampaikan ceramah di masjid-masjid di sekitar Lembah Klang,Kuala Lumpur,Melaka,Perak , Kedah & Johor.
Mengadakan Program Kembara Dakwah di seluruh Malaysia dan Singapura
Mengadakan Dauroh/kursus bagi tenaga pengajar di Malaysia, Singapura & Indonesia.

Teacher Courses

Layer 1